... BSN MyRinggit Insan-i
KESEDARAN DAN KEFAHAMAN MENGENAI FASILITI SOKONGAN AKAUN 2
Sila baca dan bersetuju dengan semua terma dan syarat sebelum meneruskan.
Bil Penerangan Ya
1 Saya sedar dan faham bahawa berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan peribadi, pihak bank akan membuat penilaian kredit untuk menilai keupayaan kewangan saya sebelum menawarkan pembiayaan yang bersesuaian di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 ini.
2 Saya sedar dan faham bahawa jika saya mengemukakan pengeluaran awal di bawah Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun, saya boleh memilih mana-mana umur antara 50 hingga 54 tahun bagi KWSP membuat bayaran amaun pengeluaran ke akaun saya di bank.
3 Saya sedar dan faham bahawa sekiranya selepas amaun pengeluaran dibayar kepada pihak bank apabila mencapai umur pengeluaran yang dipilih oleh saya:
  • pihak bank akan menggunakan amaun pengeluaran untuk membayar amaun baki pembiayaan peribadi saya dan akan memindahkan baki amaun tersebut kepada saya (jika ada); atau
  • sekiranya amaun pengeluaran adalah tidak mencukupi untuk membayar amaun pembiayaan peribadi saya, saya perlu menjelaskan baki amaun pembiayaan peribadi saya sendiri.
Sekiranya pembiayaan peribadi saya telah diselesaikan sepenuhnya sebelum tempoh matang, saya bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada KWSP berhubung penyelesaian pembiayaan peribadi saya.
(Nota: Sekiranya saya memaklumkan kepada KWSP berhubung penyelesaian pembiayaan peribadi saya, notis awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun saya akan dibatalkan)
4 Saya sedar dan faham bahawa sekiranya saya gagal membayar ansuran bulanan bagi pembiayaan peribadi saya mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak bank, saya boleh merujuk terus kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat kewangan berkaitan pembiayaan peribadi saya.
5 Saya sedar dan faham bahawa sekiranya saya gagal untuk membayar ansuran bulanan bagi pembiayaan peribadi saya mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak bank, saya mungkin akan dikenakan tindakan penalti oleh pihak bank yang akan menjejaskan rekod kewangan saya di dalam laporan Central Credit Reference Information System (CCRIS) dan Credit Tip-Off Service (CTOS).
6 Saya sedar dan faham bahawa sekiranya saya membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun, amaun pengeluaran di dalam Akaun 2 yang bersamaan dengan amaun pembiayaan termasuk dividen yang terkumpul ke atas amaun pengeluaran tersebut tidak boleh dikeluarkan untuk tujuan pengeluaran pra-persaraan lain yang dibenarkan oleh KWSP seperti perumahan, kesihatan, pendidikan dan pelan perlindungan ahli.
7 Saya sedar dan faham bahawa melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2, saya boleh mengemukakan notis awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun di mana amaun pengeluaran saya daripada Akaun 2 berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada akaun saya di bank yang memberikan pembiayaan peribadi kepada saya.
8 Saya sedar dan faham bahawa jika saya membuat pengeluaran penuh di bawah pengeluaran hilang upaya, meninggalkan negara atau pekerja berpencen, KWSP akan membayar amaun pengeluaran di bawah Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun termasuk dividen ke dalam akaun saya di bank.
9 Saya sedar dan faham bahawa caj takaful akan dikenakan ke atas pembiayaan peribadi saya. Amaun pembiayaan yang akan saya terima adalah selepas ditolak caj takaful tersebut.
Contoh: Jika amaun pembiayaan yang diluluskan oleh pihak bank adalah sebanyak RM10,000, amaun pembiayaan bersih yang akan saya terima adalah kurang daripada RM10,000 selepas mengambil kira caj takaful.
10 Saya sedar dan faham bahawa jumlah keuntungan akan semakin tinggi jika tempoh pembiayaan lebih panjang dan juga jika terdapat sebarang kelewatan dalam pembayaran termasuklah kerana peningkatan Kadar Asas Standard seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari masa ke semasa.
11 Saya sedar dan faham bahawa saya boleh mengemukakan permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun hanya sekali sahaja.
12 Saya sedar dan faham bahawa jika saya membuat permohonan awal bagi Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun dan pengeluaran itu diluluskan oleh KWSP, saya tidak boleh membatalkan pengeluaran bersyarat tersebut.